Tuesday, June 5, 2012

Tips Penjagaan Baju Bermanik

Info ni mungkin ramai dah tahu, sy cuma nak highlight je sebagai reminder buat beader & peminat baju bermanik supaya lebih berhati-hati tentang penjagaan baju yg bermanik..dan utk kilauan di baju anda akan bertahan lebih lama..bukan apa, dah tempah jahit manik mahal-mahal tp tersalah handle baju tu kan terus rosak manik-manik tu nanti, kan membazir namanya tu? x pasal2 pulak nanti beader yg akan dipersalahkan..x gitu u ollss?? sekali tempah bukan sehenggit dua kan? paling kurang pun RM50 / RM60.
So, jagalah baju anda baik-baik..di bawah ni, sy kongsikan tips-tips utk penjagaan baju bermanik..sila baca dan amalkan..



1) BASUH GUNA TANGAN

jika fabrik anda adalah 'washable' , anda hanya perlu celup dan cuci kat bahagian kotor je..contoh kat bahagian ketiak..ketiak berbau..haha..opssss!! gurau je.. hehe.. :) (lgpun kalau baju cantik2 mane la nak kotor sgt kan? bkn kita pakai pi sawah pun kan??hehe) Pastu kat bahagian manik tu x payah la nak tonyoh-tonyoh sgt ya? kalau nak rendam, make sure anda rendam sekejap je jangan sampai bertahun-tahun bermalam-malam..sbb takut sabun yg kita guna tu effect pd manik-manik kita nanti, especially utk yg jenis sequins.

    Satu lagi yg saya nak remind, selagi baju tu washable rajin-rajinkan la diri tu utk basuh guna tangan ya? tu pun kalau anda sygkan blink-blink kat baju anda tu..sbb sesetengah orang agak malas nak basuh tangan, end up hantar dobi untuk di'dry clean'kan. When it involves chemical, op coz manik-manik anda tak dapat bertahan lama seperti baju yg dibasuh tangan.. :)


2) CHEMICAL


 Untuk pakaian yg DRY CLEAN, make sure dobi yg anda hantar tu blh handle baju bermanik, especially labuci & acrylic stones, sy highlight tu sbb sesetengah chemical yg digunakan semasa proses drycleaning tu agak kuat sehingga mampu mencalar/mencairkan manik especially labuci & acrylic stone.





3) LIQUID LETERGENT INSTEAD

Sebolehnya semasa proses merendam & membasuh, gunakan liquid letergent instead of serbuk, sbb liquid letergent ini agak lembut berbanding yg serbuk.




 4) JEMUR DI TEMPAT TEDUH

Untuk MENJEMUR pula, anda digalakkan menjemur baju yg bermanik ditempat yg teduh dan secara terbalik. 



5) PERAH SECARA LEMBUT

Pastu mase nak perah tu, perah secara lembut dan jangan perah di kawasan bermanik, kalau x sequins anda akan patah.




6) MENGGOSOK

Semasa MENGGOSOK, sebolehnya gosok secara terbalik & pada tahap kepanasan yg sederhana. Jangan tekap iron directly ke kawasan bermanik. Sebaiknya lapis kawasan bermanik dengan kain sebelum menggosok.




7) PERFUME

Jangan spray PERFUME directly pd kawasan bermanik kerana mungkin alkohol dlm perfume yg kita guna tu terlalu kuat dan boleh membuatkan kilauan pada manik akan pudar.


InsyaAllah kalau anda mengamalkan tips-tips dia atas  ini, manik-manik pada baju anda akan tahan lebih lama dan tidak membazir..sekian dari saya, Assalamualaikum.. ^_^

Miss LabuCi puNya kaWan