Tuesday, June 19, 2012

Bisnes vs Makan Gaji

Assalamualaikum...

Seperti biasa pagi ni sgt sejuk dan terase malas nak mandi..so dtglah aku kat opis tanpa mandi..huhhhh!! tipu jela, mesti la mandi gila x mandi..

ni nak pot pet pot pet sal Bisnes vs Makan Gaji..haaa! sape yg berbisnes kat sini angkat tgn! sape yg makan gaji angkat kaki! hehe..gurau jelaa..

Dulu aku pernah nak resign dari keje opis ni, almaklumlaaa aku lebih suka berbisnes berbanding makan gaji..korang tawu knp? korang pikir je laa..haha! (gila kentang ayat). Mase tu mmg aku mati2 nak resign sbb nak masuk kelas jahitan..waaa! tersangat la gila nak belajar jait sampai blh terpikir nak resign..dlm kepala aku mase tu ingat nak bukak kedai jahit kecil-kecilan lama2 jadi butik..keke..




Semua yg tahu bising-bising kat aku, tambah2 mak aku yg suka pot pet pot pet mcm aku ni haa..x bg aku benti keje, dia kata nak masuk kelas jahitan x perlu benti keje, weekend pun blh pegi cuma yg penting rajin je..huhu..tp bila aku pikir2 betul jgk kata mak aku tu, so aku pun tarik balik cadangan nak resign tu..haha!

Berbalik pd berbisnes aku hanya buat part time je, Alhamdulillah dgn rezeki yg diberikan olehNya skrg aku makin ramai customer dan ramai yg dah jadi regular customer aku..huhu..bg aku berbisnes lebih mencabar dari keje opis, ye la..balik keje kul 5 berebut2 depan punch card tunggu nak blah..balik blh rilex2..tp bila berbisnes kena ada kekuatan mental dan fizikal..dulu aku pernah gak nak stop bisnes ni sbb penat sesangat..pg dtg opis, ptg balik umah sambung memanik..kul 2-3 am baru nak tido..bgn pg dtg opis lak, begitulah rutin aku sejak berbisnes ni..

Tp berbisnes ni byk pengalaman yg aku dpt..byk ragam manusia yg aku kenal..apepun aku happy dengan kerja part time yg aku buat sekarang! weeeeee!!

sHimmEriNg fLoRa

Hai u olllsss..lama bebenor x update manik..hehe..
Ni nak tunjuk busana dari regular customer sy.. (my opismate)
Mula2 terima busana ni, ligat dlm kepala nampak design Shimmering Flora yg paling sesuai..knp??? sbb design tu sy rase sesuai..hehe..so, sesape yg berkenan dgn design ni..suka tgk, suka lihat dan rase nak tempah, blh call sy di 019-9283298 atau email sy www.suechekpens@gmail.com utk pertanyaan lanjut.. jum check it out!!













Tuesday, June 5, 2012

Tips Penjagaan Baju Bermanik

Info ni mungkin ramai dah tahu, sy cuma nak highlight je sebagai reminder buat beader & peminat baju bermanik supaya lebih berhati-hati tentang penjagaan baju yg bermanik..dan utk kilauan di baju anda akan bertahan lebih lama..bukan apa, dah tempah jahit manik mahal-mahal tp tersalah handle baju tu kan terus rosak manik-manik tu nanti, kan membazir namanya tu? x pasal2 pulak nanti beader yg akan dipersalahkan..x gitu u ollss?? sekali tempah bukan sehenggit dua kan? paling kurang pun RM50 / RM60.
So, jagalah baju anda baik-baik..di bawah ni, sy kongsikan tips-tips utk penjagaan baju bermanik..sila baca dan amalkan..



1) BASUH GUNA TANGAN

jika fabrik anda adalah 'washable' , anda hanya perlu celup dan cuci kat bahagian kotor je..contoh kat bahagian ketiak..ketiak berbau..haha..opssss!! gurau je.. hehe.. :) (lgpun kalau baju cantik2 mane la nak kotor sgt kan? bkn kita pakai pi sawah pun kan??hehe) Pastu kat bahagian manik tu x payah la nak tonyoh-tonyoh sgt ya? kalau nak rendam, make sure anda rendam sekejap je jangan sampai bertahun-tahun bermalam-malam..sbb takut sabun yg kita guna tu effect pd manik-manik kita nanti, especially utk yg jenis sequins.

    Satu lagi yg saya nak remind, selagi baju tu washable rajin-rajinkan la diri tu utk basuh guna tangan ya? tu pun kalau anda sygkan blink-blink kat baju anda tu..sbb sesetengah orang agak malas nak basuh tangan, end up hantar dobi untuk di'dry clean'kan. When it involves chemical, op coz manik-manik anda tak dapat bertahan lama seperti baju yg dibasuh tangan.. :)


2) CHEMICAL


 Untuk pakaian yg DRY CLEAN, make sure dobi yg anda hantar tu blh handle baju bermanik, especially labuci & acrylic stones, sy highlight tu sbb sesetengah chemical yg digunakan semasa proses drycleaning tu agak kuat sehingga mampu mencalar/mencairkan manik especially labuci & acrylic stone.





3) LIQUID LETERGENT INSTEAD

Sebolehnya semasa proses merendam & membasuh, gunakan liquid letergent instead of serbuk, sbb liquid letergent ini agak lembut berbanding yg serbuk.




 4) JEMUR DI TEMPAT TEDUH

Untuk MENJEMUR pula, anda digalakkan menjemur baju yg bermanik ditempat yg teduh dan secara terbalik. 



5) PERAH SECARA LEMBUT

Pastu mase nak perah tu, perah secara lembut dan jangan perah di kawasan bermanik, kalau x sequins anda akan patah.




6) MENGGOSOK

Semasa MENGGOSOK, sebolehnya gosok secara terbalik & pada tahap kepanasan yg sederhana. Jangan tekap iron directly ke kawasan bermanik. Sebaiknya lapis kawasan bermanik dengan kain sebelum menggosok.




7) PERFUME

Jangan spray PERFUME directly pd kawasan bermanik kerana mungkin alkohol dlm perfume yg kita guna tu terlalu kuat dan boleh membuatkan kilauan pada manik akan pudar.


InsyaAllah kalau anda mengamalkan tips-tips dia atas  ini, manik-manik pada baju anda akan tahan lebih lama dan tidak membazir..sekian dari saya, Assalamualaikum.. ^_^

Sunday, May 27, 2012

cRuMbLe mUmbLe ~ de eNgeLica

ni tempahan dari housemate sy utk ibunya.. baju tema utk hari perkahwinan beliau nanti..wahhhh! da nak kawen da dia..bila la turn sy pulak nak menamatkan zaman bujang ni kan..kawan2 sebaya sy da ramai kawen..ye la kan, ni musim usia kitorang kawen..huhuhu.. ~,~

dah..dah..cukup-cukup la nak berangan tu ya..meh jenguk manik ni meh.. :)

















Tuesday, May 22, 2012

bUsaNa pInK - pN. wAn maHeRan :)

ni pun tempahan dari kawan seopis jgk..katanya nak biar nampak meriah gitteww, sbb baju tu kosong tade corak..so sy buat je la sekadar yg termampu.. (bg sy ni da cukup meriah, mcm baju nak bertunang pun ada jgk ni..hehehe..)
apa2 pun, semoga beliau berpuas hati la dgn hasil titik peluhku selama seminggu itu..ahakz!! kalau ikutkan baju ni 2 hari pun dah siap kalau tumpukan sepenuh perhatian, tp memandangkan sy ni seorang 'buruh', so waktu malam je la masa utk sy mengadap benda ni..ngeeeee.. :)


ni bahagian keseluruhan baju


ni bahagian tgn baju













itu saja untuk kali ini...semoga berjumpa lg..ahakz!!

Monday, May 21, 2012

sHimmEriNg fLoRa.. ^_^

 Ni tempahan dari kawan opis..corak dan wane baju da nampak crouded, so sy buat Shimmering Flora untuk busana beliau supaya nampak lebih terserlah dan lebih gojes lg bila dia pakai..

Nak jahit Shimmering Flora ni senang je bg sy, cuma kena ada tahap kesabaran yg tinggi jer sbb nak kena penuhkan di setiap ruangan kosong tu supaya nampak lebih kemas/tersusun.. :)

So, dalam sabar dan sabar dan sabar itu (byk sabar tu) hehe..siap jgk la sy memeriahkan busana si Mama Cun itu.. :) ngeeee..


tadaaaaaaaa!! ni bahagian leher busana


ni bahagian tgn dan leher..



Monday, April 9, 2012

Tempahan Manik & Labuci Untuk Raya Kini Dibuka

Jamadil Awal - Jamadil Akhir - Rejab - Syaaban - Ramadhan (dijangka pd 21/07/2012)
Hanya tinggal beberapa bulan je lg kita nak raya kan?? 

Kepada regular customer dan bakal menjadi customerku, tempahan manik & labuci untuk hari raya masih dibuka, tempahan hanya diterima sehingga awal Ramadhan shj kerana takut tidak kesempatan utk saya menyiapkan baju2 anda...hehehe..

Baju anda akan diperindahkan dengan teknik sulaman manik dan labuci yang bukan sahaja menganggunkan anda sebagai pemakai, malah orang yang memandang akan turut terpegun...

Terima Kasih kerana masih memberi kepercayaan kpd sy untuk memperindahkan baju-baju anda dengan cara sy tersendiri..Terima Kasih jugak yg masih setia bersama Miss-Labuci , sokongan anda amat dihargai.. :)

Miss LabuCi puNya kaWan